0
Akhirnya, kita kembali ke bulan yang mulia penuh berkat dan gandaan pahala melimpah ruah sekiranya rajin berusaha. Ramadan yang datang sekali lagi menjemput kita menjadi insan yang bertakwa dan menambah ibadah.

Di sebalik aktiviti setiap hari yang dilakukan sehingga menyebabkan kita sibuk, masih terdapat aplikasi memungkinkan amalan dilakukan secara berterusan hanya melalui telefon pintar atau tablet tidak kira pada platform iOS atau Android.

Tadarus


Antara aktiviti yang sangat digalakkan dalam bulan Ramadan ini pastinya bertadarus Al Quran. Kalau boleh dan mampu, umat Islam pastinya mahu khatam 30 juzuk dalam tempoh 30 hari berpuasa. Tapi, pelbagai kekangan atau alasan untuk tidak menghabiskannya.

Secara matematiknya, untuk menghabiskan kesemua 30 juzuk memerlukan 30 hari tapi cuba ambil pengiraan sebegini:
30 juzuk = 604 muka surat = 604 muka surat / 30 hari = ~20 muka surat sehari / 5x solat = 4 muka surat setiap solat fardhu Bagaimana untuk membaca Al Quran tanpa membawa Al Quran fizikal? Muat turun aplikasi dalam telefon seperti Quran Android.

Waktu Berbuka / Bersahur


Aplikasi menarik dengan nama Ramadan 2013 mempamerkan antaramuka skrin ringkas. Ia akan menunjukkan waktu sahur di sebelah kiri dan waktu berbuka di sebelah kanan (kotak berwarna hijau) serta lokasi anda di bawah. 

Pada masa sama, ia menawarkan waktu solat lima waktu dan paling menarik terdapat tetapan jam loceng automatik yang mengejutkan anda setengah jam sebelum sahur. Sekurang-kurangnya takkan terlepas bersahur.

Aplikasi sama boleh digunakan di 251 negara dengan 6 juta bandar jadi anda tidak perlu risau kalau berada di luar negara asalkan mempunyai data yang cukup. Ia juga akan menghantar notifikasi pada waktu bersesuaian untuk anda membayar zakat fitrah. Selain itu, Ramadan 2013 menyediakan hadith dan doa yang disyorkan ketika berpuasa selain niat berpuasa, doa berbuka serta bersahur.

Pencapaian Ramadan


Meskipun amalan anda hanya Allah saja yang tahu pahala dan dosanya, tidak salah untuk memperingati diri sendiri untuk beramal. Kadang-kadang kita terlupa apakaha yang patut dilakukan dalam bulan puasa.
Aplikasi Ramadan Achievements menyediakan amalan-amalan yang dilakukan di bulan puasa seperti memberi makan kepada fakir miskin, solat lima waktu di masjid dan sebagainya. Anda hanya perlu klik kolum jika anda sudah melaksanakannya.

Kiblat


Terdapat aplikasi SolQib yang juga membolehkan anda mengetahui waktu sahur dan berbuka menerusi iPhone anda. Pada masa sama, aplikasi SolQib dibina khusus untuk mempermudahkan urusan bersolat, mengetahui arah kiblat dan masa solat yang tidak memerlukan capaian data 3G untuk berfungsi yang bermakna jika anda dalam perjalanan jauh, anda hanya perlu melancarkan aplikasi tersebut bagi mengetahui waktu solat dan arah kiblat. Ia boleh digunakan di mana saja di dunia ini.

Zakat


Satu lagi aplikasi yang dibangunkan syarikat tempatan, Terato Tech iaitu Muslim Calculator yang dibangunkan dengan kerjasama AdDeen Multimedia, memungkinkan pengguna mengira pembahagian faraid dan zakat.

Post a Comment Blogger

 
Top