3
Agensi yang bertanggungjawab dalam nama domain, MYNIC mengesahkan terdapat masalah dalam sistem mereka yang diracun semalam.



Dalam kenyataannya, MYNIC memaklumkan terdapat perubahan haram yang dilakukan dalam maklumat pelayan domain tanpa persetujuan pemilik domain tersebut yang mengakibatkan laman web disambungkan ke laman lain. MYNIC juga mengesahkan, perubahan haram tersebut menyebabkan beberapa kes dilaporkan dan mula dikesan pagi semalam yang pantas diambil tindakan pleh Pasukan Respon Insiden Keselamatan Komputer MYNIC (CSIRT) yang menyelesaikan isu tersebut.

Kebanyakan nama domain yang terjejas dipulihkan kembali pada jam 4.38 petang semalam dan pihak MYNIC sedang memantau situasi dan mengambil langkah sepatutnya bagi mengelakkannya berlaku pada masa depan. Semalam, lebih 100 laman web yang mempunyai alamat domain .com.my mengalami gangguan setelah digodam pagi kumpulan penggodam yang menggelarkan diri mereka Tiger M@te dari Bangladesh.

Antara syarikat besar yang terjejas termasuk  Google, Dell, Microsoft, Skype, MSN Malaysia, Bing dan Kaspersky. Manakala dalam kenyataan di laman Twitternya, syarikat perisian Microsoft mengakui laman .my terjejas dan dialihkan ke laman pihak ketiga namun lega apabila tiada bukti menunjukkan data pelanggan dan rakan kongsinya terjejas.

Microsoft turut memaklumkan, laman http://www.microsoft.com/malaysia masih beroperasi ketika biasa sepanjang kegiatan godaman itu berlaku. Selepas kembali pulih seperti sediakala. Meluahkan kekecewaan di Twitter dan Facebook, pengguna dari Malaysia melaporkan tidak dapat mengakses masuk ke laman web kira-kira tiga jam dari jam 10 pagi hingga 3 petang.

Salah satu laman yang terjejas dan enggan dikenali mengakui mereka mengalami masalah itu pada waktu pagi: "Hari ini, sesetengah pengguna mengalami gangguan sementara ketika mengakses laman ini. Kami meminta maaf atas sebarang masalah yang timbul." Manakala dalam reaksinya, Dell Malaysia melalui penganalisis perisiannya telah mengesahkan ‘serangan’ siber dan menyatakan bahawa ianya tidak meninggalkan apa-apa kesan pada operasi perniagaan mereka. 

“insiden tersebut telah dapat dikenalpasti,” kata jurucakap syarikat itu.

Kalau anda tidak boleh mengakses beberapa laman dengan alamat domain .MY dan .COM.MY menggunakan DNS queries (8.8.8.8 and 8.8.4.4) jika anda menggunakan Google DNS, anda boleh menukarnya kepada OpenDNS atau pelayan ISP DNS anda yang spesifik.

Baik pulih paling cepat adalah menukar pelayan DNS anda kepada:

OpenDNS Home: 208.67.222.222/ 208.67.220.220
Level3 : 209.244.0.3/ 209.244.0.4
TMnet/Unifi: 202.188.0.133/202.188.1.

sumber

Post a Comment Blogger

  1. kesian hackers2 tu kesunyian..
    ahaha

    ReplyDelete
  2. bangla dah maju \m/ , depa x leh complain face 2 face so complain kat defacement pun jadilah :D

    ReplyDelete
  3. Hacker Pegang laman internet ^_^

    Ping Agregator | www.kongsiblog.com

    ReplyDelete

 
Top