Anda sering mengeluh bateri telefon pintar anda kerap habis walaupun
hanya selepas empat atau lima jam menggunakannya sehingga terpaksa
membeli bateri tambahan atau pengecas mudah alih yang membebankan tanpa
menyedari punca ia berlaku.
Terdapat dua perkara utama dalam telefon anda yang
menyebabkan bateri anda 'kering' dengan pantas iaitu skrin dan juga
rangkaian tanpa wayar anda (3G/WiFi).
Contohnya, jika anda mempunyai hanya satu bar rangkaian
atau liputan telefon, anda akan perasan telefon anda akan panas dan
pastinya anda tertanya-tanya kenapa ia terjadi? Ia disebabkan telefon
anda sedang cuba mengesan rangkaian dengan lebih baik dengan mencari
menara terdekat apabila liputan telefon anda berkurangan. Ia bermakna,
lagi kurang bar rangkaian anda, lagi banyak bateri diperlukan untuk
mencari liputan. Inilah punca bateri anda menjadi semakin panas dan
cepat habis.
Jika anda mempunyai hanya satu atau dua bar bagi rangkaian 3G,
cubalah tukar kepada 2G kerana lebih baik anda mempunyai empat bar 2G
daripada hanya satu bar 3G (khusus untuk memanjangkan jangka hayat
bateri). 2G juga mempunyai nama lain iaitu GSM.
Kalau telefon anda ditetapkan secara automatik, ia akan sentiasa
mencari liputan yang lebih laju seperti LTE atau 3G tanpa mengira
isyaratnya hanya satu atau dua bar, asalkan laju. Ada yang bertanya apa
yang boleh dilakukan dengan 2G (EDGE)? Sekurang-kurangnya, ia masih
boleh beroperasi dengan baik untuk aplikasi mesej seperti Whatsapp,
WeChat, Line mahupun Twitter.
Bagi penggunaan berat seperti Facebook dan Instagram, ia tidaklah
digalakkan menggunakan rangkaian 2G jadi lebih baik anda jimatkannya
dengan membuka 3G mungkin sejam sekali. Panggilan dan SMS tidak akan
terjejas dengan rangkaian 2G saja.
Seterusnya, anda perlu pastikan tahap kecerahan skrin anda yang juga 'makan' bateri. Kebanyakan pengguna akan menetapkan tahap kecerahan kepada automatik yang juga memberi kesan kepada tahap bateri. Kebiasaannya, anda akan perasan di depan telefon anda terdapat sensor kecil yang dipanggil Ambient Light Sensor (ALS) yang mengukur tahap kecerahan dengan jumlah cahaya yang dikesan masuk ke dalam sensor.
Sebenarnya, ALS membaca tahap kecerahan pada setiap 10 saat (jika tidak berada dalam mod tutup) dan mengesan betapa gelap atau cerahnya keadaan sekeliling serta menetapkan tahap kecerahan yang bersesuaian. Jadi, lebih baik annda tutupnya secara automatik dan tetapkan tahap kecerahan yang statik.
Penggunaan power bank adalah terbaik, sebagai langkah berjaga jaga, mana tahu situasi kecemasan berlaku.
ReplyDeletehttp://www.muslimchoices.com/?p=pineng_powerbank_pn912&s
This is too informative. i like your post. thanks for share
ReplyDelete