0
Mungkin ramai yang mengejek Dan beranggapan syarikat Finland, Nokia kini bukan lagi pilihan jika mahu mendapatkan telefon nombor. Meskipun ada benarnya,  secara statistik yang diperoleh melalui agensi kajian IDC, mereka masih lagi kukuh di tangga ke-2 di belakang Samsung. Nokia bermain bijak dengan menghasilkan telefon murah yang menjadi senjata utama mereka. Ketika banyak pengeluar menghasilkan telefon ribuan ringgit, mereka masih mampu menghasilkan model bernilai rendah. Sekaligus ia mampu dimiliki semua golongan.

Ia terbukti dengan pilihan terbaru, iaitu Nokia Asha 210 dan 501 yang dijual pada hanya kurang RM300 bagi kedua-dua versi  mana kedua-duanya ditawarkan pada harga berpatutan.


Nokia Asha 210 yang dijual pada harga RM219 didatangkan dengan set papan kekunci QWERTY dengan satu butang media sosial khusus untuk membolehkan anda mengakses aplikasi media sosial seperti Facebook dan Twitter. Meskipun butang tersebut mempunyai logo Facebook tetapi anda boleh menukarnya kepada platform sosial lain seperti Instagram serta tidak dilupakan aplikasi sembang, Whatsapp.

Walaupun murah, model tersebut masih boleh dilengkapkan dengan slot dwi sim dan Nokia menyatakan ia disesuaikan kepada pengguna yang mahu mengakses internet secara asas kalau mahu Google sesuatu. Kameranya pula mempunyai resolusi agak rendah tapi kalau setakat mahu merakam foto biasa, sudah mencukupi. Ia mempunyai dimensi 111.5 x 60 x 11.8mm bermakna tahap nipisnya pada 11.8mm dan seberat 97.3g. Jika anda pengguna Nokia dari dulu, anda pasti akan merasa sedikit kelainan pada antaramuka Series 40 Asha.

Paparan 210 beroperasi pada saiz 2.4 inci QVGA namun sokongan memori dalamannya hanya 64MB. Pun begitu, ia mempunyai slot kad microSD jadi anda tidak perlu risau sangat. Paling seronok jika menggunakan telefon sebegini ialah jangka hayat baterinya. Masa bersedia saja 24 hari manakala jika anda menggunakannya secara penuh, mungkin 12 jam (dengan bateri jenis 1200mAh). Selain itu, Asha 210 yang ditawarkan melalui beberapa warna selain memanfaatkan sepenuhnya pelayar Nokia Xpress Browser yang menggunakan teknologi cloud untuk mengurangkan penggunaan data sehingga 90 peratus.

Satu lagi model, Nokia Asha 501 yang dijual pada harga RM299 juga turut mempunyai rekaan Asha berkualiti tinggi bersama rekaan yang elegan di mana pengguna boleh membuka kasing belakang selain paparan anti gores. Tujuan membuka kasing belakangnya supaya anda boleh menukar kasing tersebut kepada warna yang berlainan mengikut mood anda. Ada warna biru, merah, kuning dan banyak lagi.

Ia dilengkapkan skrin 3.0 inci (skrin sentuh) QVGA TFT dan mempunyai berat minimum 98 gram dengan pilihan dua skrin utama iaitu Home dan Fastlane. Home adalah skrin tradisional yang menawarkan ikon aplikasi biasa untuk mengakses ciri spesifik manakala Fastlane melihat penggunaan kerap bagi aplikasi sebelum memberikan paparan menu kerap yang dikunjungi.

Telefon ini mempunyai rangkaian GSM 900/1800 + WLAN, GSM 850/1900 + WLAN dengan dimensi 99.2 x 58 x 12.1mm. Anda akan memperoleh storan memori 128MB + 4GB dengan kamera sama seperti 210 iaitu 2MP. Masa bersedianya pula ialah 26 hari sementara masa berbual penuh 17 jam.

Jika anda membeli telefon ini, anda akan memperoleh 40 game percuma!

Post a Comment Blogger

 
Top