Apakah kejutan teknologi laptop minggu ini yang memeriahkan lagi industri teknologi maklumat di Malaysia yang tidak pernah sepi! Terdapat dua laptop baru yang menjadi pilihan minggu yang dikeluarkan Sony untuk pasaran Malaysia iaitu VAIO Duo 13 dan Pro. VAIO Duo 13 mempunyai saiz skrin 13.3 inci manakala Pro ditawarkan pada dua saiz iaitu 11 dan 13 inci.
Kesemuanya menggunakan paparan jenis Triluminos dan X Reality bagi menjadikan tontonan skrin lebih baik di samping ciri baru iaitu kamera jenis Exmor RS yang sebelum ini hanya didatangkan dalam telefon pintar syarikat itu saja. Pada masa sama, ia menggunakan audio jenis ClearAudio+ di samping fungsi OneTouch yang menggunakan sambungan NFC untuk menghubungkan peranti berbeza.
VAIO Duo 13 hampir sama dengan model sebelumnya yang membolehkan laptop ditukar kepada tablet apabila monitornya diturunkan dengan rekaan slaid serta jangka hayat bateri lama di samping kemudahan pen stylus.
Ia didatangkan dengan pemproses Intel Core i5-4200U 1.6GHz bersama lonjakan Turbo Boost 2.6GHz. Laptop ini menekankan aspek pengalaman pantas apabila jarak mod tidur ke mod aktif hanya 0.3 saat dan sentiasa akan terhubung dengan internet sekiranya laptop mengesan rangkaian yang kemudiannya disambung dengan pantas (jika rangkaian tidak memerlukan kata laluan).
Baterinya kini memegang rekod dunia dengan tempoh 11 jam dalam kategorinya. Grafik pula ditetapkan pada Intel HD Graphics 4400 dan paparan 13.3 incinya turut mempunyai kamera beresolusi 8 megapiksel. Salah satu perisian baru yang dimasukkan dalam laptop hibrid ini adalah CamScanner yang mengimbas pelbagai dokumen menggunakan kamera sebelum merubahnya menjadi teks. Bersama tahap kenipisan 210mm, Duo 113 mempunyai berat 1.325kg dan dijual pada harga RM4,999.

Manakala satu lagi produk, Pro memegang rekod laptop paling ringan di dunia iaitu seringan 0.870kg dan 1.060kg bagi model 11 dan 13 inci yang menggunakan bahan binaan karbon fiber. Dalam demonstrasi yang ditunjukkan, Pro bersaiz 11 inci mempunyai berat lebih ringan daripada majalah dengan jenis kertas biasa di pasaran!
Ia akan dijual pada harga RM3,599 hingga RM4,999 dan didatangkan dengan sistem operasi Windows 8 Pro dengan pemproses Intel Core i5 hingga i7.
sumber: http://my.news.yahoo.com/

Post a Comment Blogger Facebook