0


LG G3 yang akan menjadi pencabar utama kepada model-model utama Android akan dilancarkan tidak lama lagi dan kini gambar rasmi telefon pintar ini telah tersebar dan mempunyai reka bentuk berasaskan plastic polykarbonat namun terdapat gambaran seperti besi. LG G3 ini hadir didalam tiga warna iaitu kelabu, perak dan emas.



Sebagai peringatan, LG G3 ini akan dilancarkan pada 27 Mei ini dan akan menjadi telefon pintar pertama dengan skrin paparan QHD 5.5-inci yang bukan dari China. Kepadatan piksel pada skrin paparan QHD ini pastinya melebihi 500ppi. Spesifikasi lain adalah, pemproses Snapdragon 805, 3GB RAM, kamera 13MP OIS dengan dual-flash, Android KitKat dan Optimus UI.

Berdasarkan gambar rasmi ini, LG telah mengekalkan penggunaan butang pada bahagian belakang telefon( kini dengan reka bentuk yang lebih premium) dan sisi panel skrin pada LG G3 juga sangat nipis seperti model sebelumnya.

Walaupun setakat ini tiada sebarang pengumuman rasmi mengenai model terbaru LG ini dibuat, adalah pasti, LG akan melancarkanya didalam masa yang terdekat dan harga pasti menjadi perkara yang penting didalam menjamin kejayaan model ini. LG G3 dijangka akan menjadi satu lagi alternatif kepada Oppo Find 7 yang merupakan telefon pintar pertama dengan skrin paparan QHD.

Sumber: phoneArena

Post a Comment Blogger

 
Top