4
Oppo Find 7
Oppo Find 7 merupakan telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan skrin paparan Quad HD sekaligus dilihat antara pencabar utama Samsung bagi di Android. Sebagai memberikan pilihan kepada pengguna, Oppo telah melancarkan dua versi Find 7 iaitu Find 7 QHD dan Find 7A ( FullHD).Oppo Find 7A kini sudah boleh didapati di Malaysia pada harga RM 1598 manakala Oppo Find 7 QHD akan mula dijual bulan hadapan pada harga RM 1998.

OnePlus One
OnePlus yang merupakan syarikat yang diasaskan oleh pekerja Oppo ini dilihat mendapat liputan meluas dan ditawarkan pada harga yang sangat murah. OnePlus One dilengkapi skrin paparan berukuran 5.5-inci dengan dimensi 152.9 x 75.9 x 8.9mm yang hampir sama dengan ukuran Find 7 yang mempunyai 152.6 x 75 x 9.2mm, pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.5Ghz, 3GB RAM, dua kapasiti memori simpanan dalaman iaitu 16GB dan 64GB, mengunakan CyanogenMod 11 dengan Android 4.4 KitKat.

Kamera pada OnePlus One ini adalah 13 MP f/2.0 Sony Exmor IMX214 manakala kamera hadapan adalah 5MP dan pengguna boleh menggubah bahagian panel belakang telefon pintar ini mengikut citarasa mereka.

Harga penjualan OnePlus One adalah seperti yang dilaporkan sebelum ini iaitu serendah $299 (RM 976) bagi versi 16GB dan $349 (RM 1,140) bagi versi 64GB dan ditawarkan didalam dua warna iaitu hitam dan putih.

Vivo Xplay 3S
Vivo merupakan pengeluar telefon pintar pertama didunia yang hadir dengan skrin paparan QHD melalui model phablet Xplay 3S. Xplay 3S ini hadir dengan skrin paparan 6-inci dengan resolusi 1440×2560 piksel yang memberikan kepadatan piksel 490ppi. Spesifikasi lain pada telefon pintar ini tidak kurang hebatnya, Xplay 3S dilengkapi pemproses quad-core Snapdragon 800, 3GB RAM, Pengesan capjari, Kamera 13MP dan menyokong 4G LTE.

Xiaomi Mi 3
Mi 3 hadir dengan skrin paparan IPS Full HD berukuran 5.0-inci, pemproses Snapdragon 800 berkelajuan 2.3GHz, 2GB RAM dan mempunyai memori simpanan dalaman 16GB ( tiada versi 64GB buat masa ini). Kamera pada Xiaomi Mi 3 adalah kamera 13MP Sony BSI f/2.2 dengan kamera hadapan 3MP selain bateri berkapastiti 3,050mAh. Sedikit mengecewakan adalah, tiada slot microSD bagi telefon pintar ini dan berasaskan Android 4.3 Jelly Bean dengan MIUI. Xiaomi Mi 3 akan mula dijual di Malaysia mulai 20 Mei ini pada harga RM 889.

Huawei Ascend P7
Ascend P7 merupakan telefon pintar terbaru daripada Huawei dan dilancarkan sebagai pengganti kepada model P6 yang merupakan antara telefon pintar ternipis didunia. Walaupun tidak senipis P6, P7 merupakan model pengganti yang lebih hebat berbanding P6. Huawei P7 hadir dengan skrin paparan IPS Full HD 1080p berukuran 5-inci dengan kepadatan piksel 441ppi, pemproses Hisilicon Kirin 910T berkelajuan 1.8GHz, 2GB RAM, 16GB memori simpanan dalaman ( menyokong slot MicroSD).

Bahagian kamera pada Ascend P7 ini pasti menjadi antara daya penarik utama kerana kamera ini mempunyai kamera belakang 13MP manakala kamera hadapan adalah 8MP. Seperti Galaxy S5, Ascend P7 juga mempunyai teknologi bateri ‘Ultra Power Saving Mode’ yang membolehkan telefon pintar ini digunakan untuk tempoh 24 jam lagi walapun pada kadar 10%

sumber: Mobile88

Post a Comment Blogger

 
Top