0


Ini mungkin berita yang ditunggu-tunggu peminat Apple iPhone, syarikat Cupertino ini dilihat akhirnya akan mengikut jejak langkah Samsung dan Sony didalam menawarkan telefon pintar yang kalis air pada generasi iPhone yang akan dilancarkan tahun ini. Gambar dibawah mendedahkan atau secara tepatnya mungkin menjadi bukti paling kukuh yang mengesahkan model iPhone 6 yang kini didalam proses pembangunan adalah kalis air namun setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai tahap pensijilan IP. spesifikasi iPhone 6 disini



Namun kami mengingatkan selagi tiada sebarang pengumuman dariapada Apple, segala maklumat dan gambar ini hanya boleh diklasifikasikan sebagai khabar angin. Gambar yang memaparkan iPhone 6 ditenggelamkan didalam air ini pasti akan menjadi penarik utama kepada bakal pembeli kerana ini adalah pertama kali model iPhone merupakan peranti yang kalis air sekaligus meletakkanya sama dengan Galaxy S5 dan Xperia Z. kedua-dua model ini mampu bertahan didalam air berkedalaman 1 meter selama hampir 30 minit. Selain model ini, LG G3 yang akan mempunyai skrin paparan QHD juga akan hadir dengan teknologi kalis air dan habuk.

Jika ini menjadi kenyataan, iPhone 6 bakal menjadi model telefon pintar Apple dengan perubahan paling banyak berbanding model tahun sebelumnya.





Apple iPhone 6 dijangka akan dilancarkan pada bulan September ini dan dijangka tiba di Malaysia seawal bulan November pada harga yang sama iaitu sekitar RM 2399.

Post a Comment Blogger

 
Top