2



Selepas hangat diperkatakan di seluruh dunia, Oppo Find 7 yang merupakan telefon pintar pertama dengan skrin paparan Quada HD kini sudah tiba di Malaysia dan pelancaran rasmi telefon pintar ini baru sahaja diadakan. Seperti yang kita sedia maklum, Oppo Find 7 hadir didalam dua versi iaitu Find 7A dan Find 7

Bercakap mengenai Find 7A, ianya hadir dengan skrin paparan IPS Full HD bersaiz 5.5-inci yang mempunyai kepadatan piksel sebanyak 403 ppi, pemproses Snapdragon 801 berkelajuan 2.3 GHz, 2GB RAM. GPU pada 7A adalah Adreno 330 manakala memori simpanan dalaman adalah 16GB dan menyokong kad microSD sehingga 128GB. Sistem operasi pada Find 7A adalah Android 4.3 Jelly Bean yang akan disertakan dengan Color OS 1.2 dan akan mula dijual diMalaysia mulai 15 Mei pada harga RM 1598 yang dilihat sangat berpatutan dan tempahan bagi Find 7A dibuka sehingga 11 Mei.

Ketahui spesifikasi penuh Oppo Find 7A disini

Selain itu, Bercakap mengenai model utama Oppo iaitu Find 7 yang hadir dengan skrin paparan QHD. Seperti Find 7A, Find 7 ini juga hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.5-inci namun dengan resolusi dan teknologi skrin yang jauh lebih baik. Skrin paparan QHD pada Find 7 ini mempunyai kepadatan piksel 538ppi dengan resolusi skrin 2560 x 1440 piksel. Pemproses pada Find 7 adalah Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM, GPU Adreno 330 manakala memori simpanan dalaman adalah 32GB dan menyokong kad microSD sehingga 128GB. Sistem operasi Find 7 adalah Android 4.3 Jelly Bean KitKat dengan UI Color OS 1.2. Selain itu, menurut jurucakap Oppo, Find 7 akan mula dijual di Malaysia pada harga RM 1998 dan akan mula dijual penghujung bulan Jun yang sedikit mengecewakan memandangakn model Find 7A bakal dijual mulai 15 Mei ini.

Langkah Oppo menawarkan telefon pintar Find 7 dan 7A di Malaysia dalam tempoh masa yang singkat harus dipuji memandangkan Oppo baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tiga bulan lalu.

sumber: mobile88

Post a Comment Blogger

  1. oppo find 7a is lastest smartphone by oppo support super fast charges and hd photo up to 50mp photo

    ReplyDelete
  2. salam, saya ader jual phone clone, semua brand ader, oppo n3, oppo f7, oppo r1, ip6+, ip6, ip5s, galaxy note 4, harga dijamin bawah rm400, berminat? pm saya 01128755146

    ReplyDelete

 
Top