1
Mobile World Congress 2014 mungkin telah menyaksikan pelancaran Samsung Galaxy S5 yang memang mendapat tumpuan utama namun Lenovo tidak mahu ketinggalan apabila telah melancarkan 3 telefon pintar kelas pertengahan yang tidak kurang hebatnya. Daripada ketiga-tiga telefon pintar ini,

Lenovo S860
Lenovo S860 merupakan model yang termahal dimana telefon pintar ini memiliki skrin paparan berukuran IPS 5.3-inci, bahagian belakang yang diperbuat daripada keluli, pemproses quad-core 1.3GHz daripada MediaTek, 2GB RAM, kamera hadapan 8MP dan Kamera belakang 1.6MP serta bater berkapasiti 4000 mAh yang mana ianya juga boleh digunakan untuk mengecas peranti lain. Harga bagi Lenovo S860 ini adalah $349 atau sekitar RM 1140.

Lenovo S850
Model kedua diperkatakan adalah Lenovo 850 yang mempunyai reka bentuk gelas dan nipis. Lenovo 850 ini juga dilengkapi pemproses quad-core 1.3GHz daripada MediaTek, skrin paparan IPS berukuran 5.0-inci, 1GB RAM, kamera hadapan 5MP, kamera belakang 12MP dan akan dijual pada harga $269 atau sekitar RM 880.

Lenovo S660
Model ketiga dan terakhir yang diumumkan Lenovo adalah S660 yang hadir dengan skrin qHD IPS berukuran 4.7-inci, pemproses 1.3GHz daripada MediaTek, 1GB RAM, Kamera 8MP dan akan dijual pada harga $229 atau sekitar RM 750.

Walaupun tidak menyatakan akan bila telefon pintar ini akan memasuki pasaran Malaysia, ketiga-tiga model ini akan dijual mulai bulan Jun 2014

Post a Comment Blogger

 
Top