0

Mesti korang pernah terfikir tak kenapa facebook ni berwarna biru ? ha hari ni admin dapat kongsikan sedikit lah berita kenapa fb bewarna biru. Admin pon tak tahu sebenarnya, Bila dah baca baru lah tahu. Wakakakaka.. Jom baca selanjutnya Kenapa Facebook Warna Biru ?

Sampai sekarang, belum ada satu jejaring sosial pun yang mampu ungguli perolehan pengguna yang dimiliki Facebook. Banyak ciri dan kemudahan unik sekaligus menarik digelontorkan oleh Facebook untuk manjakan penggunanya.

Namun, ada satu soalan, kenapa Facebook lebih didominasi warna biru, selain warna dasar putih?

Ternyata yang membuat Mark Zuckerberg memutuskan untuk menggunakan warna biru sebagai warna dominan di laman buatannya tersebut kerana dia buta warna.

Seperti dikutip dari newyorker (09/2010), ketika dia menjalani test mata, dia mendapati bahawa matanya kesulitan untuk melihat paduan warna merah dan hijau. Dia hanya boleh melihat warna biru sahaja.

Oleh karenanya, dia beranggapan bahawa biru adalah warna yang dinamik dan boleh diaplikasikan hampir dengan semua warna.

Selain itu, menurut tulisan di Fast Company (06/05), menurut kajian, warna yang paling disukai baik oleh wanita atau lelaki adalah biru.

Biru menunjukkan satu warna yang terkesan tenang dan lebih boleh 'menunjukkan diri' apabila bertemu dengan warna lain. Bahkan untuk underline atau link sebuah URL di internet, warna yang biasa ditemui adalah majoriti biru.

Oleh karenanya, soalan kenapa biru menjadi warna dominan di Facebook, jawapannya kerana Zuck buta warna dan warna biru lebih dominan sekaligus dinamik berbanding dengan warna lain.

Nota : admin pun baru tahu mark ni buta warna sebenar nya. huhu . Tapi apa pun dia dah kaya dengan facebook ni betul tak ? Apa pendapat korang ? Cuba kongsi kan sedikit

Post a Comment Blogger

 
Top