2
Samsung telahpun menaik taraf telefon pintar generasi S mereka, untuk yang kelima di majlis MWC. Galaxy S5 mereka hadir dengan spesifikasi yang baik seperti kita jangkakan, tetapi anda mesti buntu jika anda ingin membuat pembelian. Kerana yang manakah anda patut beli? Tunggu Samsung Galaxy S5 memasuki Malaysia? Ataupun membeli Note 3?

Reka bentuk: Sudah pasti kita boleh lihat di gambar bahawa Galaxy Note 3 mempunyai bentuk badan dan skrin lebih besar berbanding Galaxy S5, namun ianya tidak mempunyai banyak perbezaan. Walaupun Galaxy Note 3 menggunakan Faux Leather untuk penutup belakang, Galaxy S5 menggunakan penutup yang kelihatan seperti berlubang (ianya kalis air) dan berat pada 145 gram, membuktikan ianya lebih ringan daripada Galaxy Note 3 yang seberat 168 gram.


Paparan: Dengan paparan 5.7-inci ini telah membuat Note 3 mempunyai skrin lebih besar berbanding Galaxy S5 yang hadir dengan 5.1-inci sahaja, namun kedua-dua dilengkapi dengan paparan yang mempunyai resolusi sebanyak 1080p Super AMOLED. Tetapi disini Galaxy S5 mempunyai kelebihan dengan kepadatan paparan beliau sebanyak 432ppi berbanding Note 3 hanya dengan 386ppi.

Perkakasan: Kedua peranti ini menggunakan teknologi tertinggi mereka dengan pemproses quad-core Snapdragon 800, perbezaan ia adalah Note 3 berkelajuan pada 2.3GHz dan S5 pula selaju 2.5GHz. Apa yang memberikan Galaxy Note 3 kelebihan didalam perbandingan perkakasan adalah, Note 3 mempunyai 3GB RAM manakala S5 hanya 2GB RAM.

Kamera: Kemungkinan spesifikasi asas mereka kelihatan seperti sama, namun disini Samsung membawakan Galaxy S5 bersama kamera 16MP, yang ternyata lebih baik berbanding Note 3 yang dilengkapi dengan kamera 13MP sahaja. Kedua-dua telefon mampu merakam video dengan rakaman 4K. Kelebihan S5 adalah mempunyai kelajuan untuk fokus secara automatik dan mempunyai ciri-ciri kamera yang baru. Untuk kamera bahagian depan pula, mereka menggunakan kamera 2MP.

Bateri: Tidak mengejutkan bahawa, Note 3 mempunyai kapasiti bateri lebih besar berbanding S5 dengan 3,200mAh manakala S5 dengan 2,800mAh. Ini memberikan Note 3 satu lagi kelebihan.

Sistem Operasi: Bercakap tentang OS, seperti yang dijangka, kesemua telefon pintar yang baru akan dijanakan oleh Android KitKat 4.4.2 ketika mereka keluar dari kotak. Galaxy Note 3 pula dilengkapi dengan Android 4.3 Jelly Bean sahaja tetapi ianya boleh dinaik taraf kepada sistem operasi KitKat setelah ianya sudah dilancarkan untuk semua negara. Bukan ini sahaja, Samsung juga telah memperkenalkan antaramuka TouchWiz yang bar.

Ciri-Ciri Menarik: Samsung Galaxy Note 3 adalah telefon pintar berkategori phablet, dan ianya hadir dengan S-Stylus Pen dan Air Command, jika Note 3 ini digunakan oleh pengguna yang profesional, ia lebih menyenangkan dengan kelebihan yang diberi. S5 adalah telefon pintar kereka yang pertama mempunyai pengimbas cap jari dan sistem pengawasan yang berkebolehan untuk mengawas denyutan jantung pengguna, ianya dilihat boleh digunakan sebagai penjaga kesihatan harian anda. Galaxy S5 juga mampu bersaing dengan telefon pintar Sony, yang berkalis air dan juga habuk, seperti Sony Xperia Z1 ataupun yang baru-baru ini dilancarkan juga oleh Sony di MWC 2014, Sony Xperia Z2.

Ultra Power Saving Mode
Bukan ini sahaja kemampuan Galaxy S5, ia juga mempunyai kebolehan yang tidak boleh didapati daripada telefon pintar yang lain seperti Download Booster ianya melajukan kelajuan muat turun anda, apabila anda ingin memuat turun sesuatu file/apps yang lebih besar daripada 30MB dengan menggunakan LTE dan WiFi sekaligus. Buat pertama kali didalam dunia, telefon pintar Galaxy S5 ini mampu bertahan selama 8 hari dengan “Ultra Power Saving Mode” walaupun bateri simpanan S5 ini hanya tinggal 10%, apabila anda mengaktifkan UPSM ianya boleh bertahan selama 24jam lagi. Namun ianya mempunyai sedikit kekurangan dengan mengurangkan penggunaan anda hanya dengan beberapa apps yang diinginkan dan skrin paparan akan bertukar kepada greyscale

sumber: mobile88.com

Post a Comment Blogger

  1. Wah sangat bermanfaat sekali buat saya pribadi, saya yakin artikel ini juga bermanfaat banyak terhadap pembaca lainnya seperti yang saya alami.
    Terimakasih bos atas infonya, sukses selalu ..!

    ReplyDelete
  2. terima kasih atas informasinya :)

    ReplyDelete

 
Top