0

Penggodam dari Brazil mengancam untuk mengganggu acara Piala Dunia 2014 dengan serangan siber. Laman web NBC News melaporkan, penggodam ini yang mana dilaporkan akan melaksanakan jamming di laman web rasmi, mencuri data, menambah ‘cyberwarefare’ (rangkaian komputer dan peperangan internet di ruang siber) dan ‘overspending’.

Laman sesawang Reuters menyatakan bahawa, “dalam sebuah negara yang sering berlakunya jenayah siber itu, infrastruktur telekomunikasi Brazil sudah melakukan rombakan besar menjelang Piala Dunia”. Manakala, Laman web rasmi FIFA dan laman web kerajaan lain dilaporkan berada dalam pengawasan yang ketat.

Kata seorang penggodam seperti yang dilaporkan oleh Reuters,”Kami telah membuat rancangan, saya fikir mereka tidak boleh berbuat apa-apa untuk menghalang kita”.

Pihak Reuters sedang meneroka identiti penggodam melalui rangkaian Anonymous antarabangsa. Reuters bercakap dengan salah satu penggodam bahawa ancaman itu boleh mengganggu berlangsungnya Piala Dunia pada bulan Jun dan Julai nanti. Tetapi, mereka berkata akan tetap melakukannya juga.

“Serangan ini akan dibuat di laman web rasmi kerajaan, penganjur, dan penaja yang terlibat dalam acara ini”, kata seorang penggodam yang telah dihubungi melalui Skype dengan nama akaun Che Commondore.

Wiliiam Beer iaitu pakar keselamatan siber berkata bahawa ini bukan kali pertama perkara ini berlaku. Beliau berpendapat bahawa daya tahan dan tindak balas terhadap serangan akan menjadi sangat penting dalam kes ini. Sementara itu, jurucakap FIFA enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu.

sumber: http://www.rc.my

Post a Comment Blogger

 
Top