0

Apple dilihat sudah bersedia untuk mula menawarkan kemaskin terbesar bagi sistem operasi terbaru mereka iaitu iOS 7 dan menurut blog yang memfokuskan kepada iaitu Daring Fireball, kemaskini iOS 7.1 ini akan didatangkan dengan satu aplikasi khas yang membolehkan pengguna menonton persembahan daripada festival iTunes secara langsung.


Festival ini akan bermula pada 11 Mac di Austin, Texas dan menurut Gruber, aplikasi untuk persembahan ini hanya boleh digunakan bersama iOS 7.1 yang memberikan kita petunjuk bahawa aplikasi ini akan dilancarkan didalam masa 5 hari dan iOS 7.1 akan mula ditawarkan sebelum itu.

Festival iTunes yang diadakan buat pertama kalinya akan menampilkan persembahan daripada ColdPlay, Soundgarden, Kendrick Lamar dan banyak lagi.

Persoalanya, apakah yang akan dibawa oleh kemaskin iOS 7.1 ini?, Apple dilihat akan membaiki banyak perkara pada kemaskini ini antaranya perubahan pada UI seperti ‘dialer’ baru, UI ‘slide to unlock’ yang direka semula, dan banyak lagi. Video dibawah mungkin menjelaskan sedikit akan perbezaan iOS 7.1

Post a Comment Blogger

 
Top