6

Menurut laporan  daripada pelancaraan di Taiwan, mereka berkata bahawa Galaxy J ini mempunyai potensi dan sebab yang baik untuk dibeli. Walaupun iPhone 5S adalah salah satu daripada senarai TOP 5 telefon pintar yang terpilih, Galaxy J ini masih mampu menawan hati anda. Walaupun ianya masih tidak boleh didapati di Malaysia, dan hanya buat masa ini, hanya ditawarkan di  Taiwan dan Jepun. Namun anda tidak perlu risau kerana ianya akan dijual kepada seluruh pasaran dunia.

Kembali balik kepada apa yang saya ingin memberitahu anda, iaitu 5 sebab mengapa Samsung  Galaxy J perlu diutamakan berbanding iPhone 5S

1. Bahan yang digunakan lagi bagus

Disini kita boleh menyatakan bahawa faktor seseorang itu memilih iPhone daripada telefon Samsung adalah kerana rekaan dan bahan yang digunakan. Ramai beranggapan bahawa reka bentuk aluminium lebih baik daripada plastik “murah” yang bersinar (Faux leather). Tetapi perkara ini telah berubah apabila Samsung melancarkan telefon pintar yang pertama menggunakan bahan besi. Dengan ini anda tidak perlu risau lagi tentang kualiti bahan yang diguna. Apabila anda telah merasai peranti ini, anda akan berasa Galaxy J tidak boleh ditewaskan oleh iPhone 5S.

2. Skrin paparan yang lebih besar

Galaxy J mempunyai keseimbangan terhadap saiz paparan yang lebih besar dan lebih memuaskan dengan pengalaman multimedia, namun ianya tidak di kategorikan sebagai phablet.  Bermain game dan melihat video merupakan antara kegunaan utama sesebuah peranti mudah alih . Dengan skrin paparan yang kecil, kedua perkara tersebut pasti sedikit mengecewakan. Adakah anda pernah merasa, bermain game ataupun melihat video menggunakan Galaxy S4 atau skrin paparan yang lebih besar? Kemudian cuba anda menggunakan iPhone 5s/5. Adakah anda mencapai tahap kepuasan yang sama?

3. Mempunyai spesifikasi yang baik

Apa yang kita biasa lihat pada telefon pintar hari ini, Galaxy J telah disenaraikan pada salah satu peranti yang mempunyai kuasa besar dan bagus berbanding apa yang kita dapat lihat pada iPhone 5S (Secara teori). Galaxy J mempunyai spesifikasi sama seperti Galaxy Note 3. Galaxy J mengalahkan iPhone 5S dengan tiga kali ganda lebih besar RAM (3GB vs 1GB) dan lain juga ianya mempunyai pemproses quad-core manakalah 5S mempunyai pemproses dual-core. Oleh kerana ini, kita tidak boleh mengatakan cip iPhone 5S A7 lebih bagus daripada Galaxy J, kerana ianya dijana oleh Qualcomm Snapdragon 800, cip yang terhebat yang boleh didapati pada telefon pintar Android.

4. Kamera Lebih Bagus

Sebagai permulaan, Galaxy J dilengkapi dengan kamera belakang 13-megapiksel bersama resolusi 4128x3096p ( VS iPhone 5S 3264x2448p ). Ianya juga mempunyai OIS (Optical Image Stabilization) dan mampu merakam video pada 2160p@30fps. Kamera 8-MP iSight untuk iPhone 5S tidak dilengkapi dengan OIS dan ianya hanya mampu merakam video pada 1080p@30fps, dan kamera hadapan ialah 2-megapiksel berbanding 1.2-megapiksel pada iPhone 5S.

5.  OS Android mempunyai kelebihan sedikit kelebihan berbanding iOS

Ya anda betul, dengan sistem operasi terbaru Apple iOS 7, ianya membuat iOS kelihatan lebih menarik dan mengagumkan. Dari itu mari kita lihat apa yang Android mampu bersaing. Seperti biasa melalui aplikasi yang diinginkan, Android mempunyai banyak aplikasi yang percuma manakala iOS banyak yang perlu dibayar. Android juga boleh mengubah UI telefon pintar anda mengikut keinginan anda manakala tidak banyak yang anda boleh ubah pada iOS 7. Adakah anda boleh menambah widget yang anda mahukan? Adakah ini berbaloi untuk anda mendapatkan?  Harga iPhone 5S di Malaysia adalah RM2,399 manakalah setakat ini tiada sebarang maklumat mengenai harga Galaxy J.

Antara dua peranti yang hebat ini Galaxy J dan iPhone 5S, yang manakah akan menjadi pilihan anda? – Menunggu ketibaan Galaxy J di Malaysia? – Atau membeli iPhone 5S yang sedia ada?

source: mobile88

Post a Comment Blogger

  1. Perbandingan yang menarik. Persaingan yang sihat..akan membuatkan pengguna membuat pilihan yang tepat..dari www.tepakku.com

    ReplyDelete
  2. samsung j akan masuk pasaran malaysia ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Released October, 2013, Only Japan, International Version coming Soon

      Delete
  3. nhà đi! Ta muốn đưa mụ đàn bà này cho Helen tiểu thư làm người hầu! Công
    việc chính là phụ trách ăn mặc sinh hoạt cho Helen tiểu thư !

    - Chủ nhân, ngài không trị thương cho nàng? Nàng trông cũng xinh đẹp đấy
    chứ, sao ngài không ...

    Nhện Thần A Chu đầy vẻ yêu mị nói với Đoạn Vân.

    Đoạn Vân quay đầu lại, nhìn nhìn Andrea, sau đó nhìn nhìn A Chu và
    Angelina, rồi dùng một loại ánh mắt so sánh nhìn qua nhìn lại, cuối cùng
    kết luận nói: khoá học kế toán excel
    trung tâm kế toán tại tphcm

    dịch vụ kế toán trọn gói
    diamond bay resort
    chung cư hoà bình green city
    five star garden
    trung tâm kế toán tại hải phòng
    học kế toán tại bắc giang
    học kế toán tại thanh xuân

    học kế toán tại bắc ninh
    dịch vụ báo cáo tài chính
    kế toán cho giám đốc quản lý
    học kế toán tại quảng ninh
    học kế toán tổng hợp tại bắc ninh
    học kế toán tại hà đông
    eco city long biên


    - Chỉ hai tiểu bảo bối các ngươi xinh đẹp thôi! Dẹp cái bà Trư Bát Giới
    này qua một bên đi. Thôi mau về nhà để thiếu gia khao thưởng hai Tiểu
    yêu tinh các ngươi !

    Nói xong, Đoạn Vân một tả một hữu ôm hai yêu nữ của mình, hướng về cửa
    truyền tống trận gần đó !

    Sinh Mạng Nữ Thần cơ bản đã biến mất rồi !
    ------------------------------------------------------------------------
    chinhbeo1234
    22-06-2009, 09:17 PM
    Chương 399: Bị thiêu khởi đích thần giới đại chiến.

    ReplyDelete

 
Top