0

Samsung Galaxy J yang dilancarkan beberapa hari yang lalu di Taiwan kini disebut-sebut sebagai antara telefon pintar  terbaik di pasaran dunia. Bagi kami telefon pintar ini mungkin telefon pintar terbaik didalam sejarah Samsung dan teruskan membaca untuk mengetahui sebab-sebab yang membuatkan kami berani untuk mengeluarkan kenyataan seperti ini.


1.Rangka berasakan besi

Selepas dikritik hebat di pasaran telefon pintar, Samsung akhirnya telah membuat keputusan untuk memperkenalkan telefon pintar dengan rangka luaran berasakan besi yang memberikan reka bentuk yang lebih elegan dan menampakan status sebagai telefon pintar ‘ mewah’.
Anda pasti maklum Samsung sebelum ini hanya memperkenalkan telefon pintar dengan rekaaan plastik yang memberikan gambaran telefon pintar murah walaupun harga sesebuat telefon pintar Samsung boleh mencecah sehingga RM 2000 dan ke atas. Lebih membanggakan Samsung Galaxy J merupakan ‘smartphone’ pertama yang hadir dengan reka bentuk besi ini sekaligus memberikan iPhone 5s didalam cabaran reka bentuk telefon yang paling elegan .

ppi rendah vs ppi tinggi
2.Saiz dan kepadatan piksel skrin paparan yang paling sesuai

Jika dibandingkan dengan Galaxy Note 3 dan iPhone 5s, Galaxy J mempunyai skrin paparan 5-inci ,Note 3 mempunyai skrin 5.7-inci manakala iPhone 5S mempunyai skrin 4-inci. Namun kami tidak ingin bercakap mengenai saiz disini. Kami merasakan kualiti skrin paparan lebih penting untuk kami memberikan gelaran telefon pintar terbaik didalam sejarah pasaran telefon pintar dunia.
iPhone 5S yang hadir dengan skrin paparan 4-inci boleh dikatakan langsung tidak mampu untuk menyaingi Galaxy J dan hanya Galaxy Note 3 boleh dikatakan paling hampir memberikan persaingan kepada Galaxy J ini. Galaxy Note dan Galaxy J hadir dengan skrin yang mempunyai resolusi yang sama iaitu 1080 x 1920 piksel dan disebabkan skrin pada Note 3 adalah lebih besar, ianya merupakan kekurangan pada phablet ini.
Galaxy J hadir dengan kepadatan piksel 441ppi manakala Note 3 hanya mempunyai 386 ppi. Mungkin ramai tidak pasti apakah kepadatan piksel yang disebut-sebut ini. Fakta utama yang anda harus tahu ialah lebih tinggi kepadatan piksel pada skrin paparan sesuatu telefon pintar lebih tinggi dan cantik kualiti gambar yang dipaparkan.  Gambar diatas akan menunjukkan anda perbezaan ppi pada skrin paparan.


3.Spesifikasi terbaik dunia

Jika dibandingkan dengan kesemua telefon pintar dipasaran dunia sekarang, Galaxy J tidak dapat dinafikan merupakan telefon pintar paling berkuasa tinggi dan sebab utama adalah, Galaxy J mempunyai hampir kesemua spesfikasi Galaxy Note 3 dan diberikan beberapa penambahbaikan. Selain itu, perkara utama yang harus disebut ialah Galaxy J hadir dengan RAM 3GB yang mana ianya sama dengan Note 3 dan dua kali ganda lebih banyak berbanding RAM pada iPhone 5S ( 1 GB). Dari segi pemproses pula, Galaxy J hadir dengan pemproses Quad-core Snapdragon 800 yang merupakan pemproses paling hebat dipasaran.


4.Kamera 13MP OIS

Terbaik, itu sahaja yang kami boleh katakan bagi Galaxy J didalam setiap kategori yang disebut disini. Dari segi kamera pula, Galayx J hadir dengan kamera 13MP dengan setiap resolusi gambar yang diambil adalah sebesar 4128 x 3096 piksel selain teknologi optik pengstabilan imej dan mampu merakam video 2160p pada kelajuan 30fps manakala kamera hadapan pula ialah 2MP.


5.Ringan tetapi berkuasa

Berat sudah pasti akan menjadi faktor pembelian telefon pintar dan tidak rasmi begitu gembira dengan telefon pintar yang terlalu berat ditangan. Galaxy J disini boleh dikatakan mempunyai berat yang sesuai dan optimum bagi ramai pengguna. Galaxy J mempunyai berat 146 gram iaitu 22 gram lebih ringan berbanding Note 3. Kami menjangkakan lebih banyak pengguna wanita akan tertarik kepada telefon pintar ini namun ini tidak bermaksud pengguna lelaki tidak boleh membelinya.

Kesimpulan

Dengan semua sebab ini kami mungkin telah mengeluarkan pernyataan yang betul apabila mengatakan ini adalah teleofon pintar terbaik dalam sejarah namun seperti yang anda maklum, dunia pasaran telefon pintar bukanlah akan kekal seperti ini. Pasti akan ada telefon pintar baru yang akan menjadi lebih baik daripada Galaxy J dan mungkin juga telefon pintar itu daripada Samsung dibawah nama Galaxy S5 ( ketahui ciri Galaxy S5 ). Sama-sama kita tunggu!!. juga ketahui 5 Sebab Kenapa Anda Perlu Pilih Samsung Galaxy J Berbanding IPhone 5S

source: mobile88

Post a Comment Blogger

 
Top