8

Laman web Google.com.my sekali lagi menjadi mangsa godaman berdasarkan pemalsuan Sistem Nama Domain (DNS) seperti yang berlaku awal Julai lepas.

Kali ini, Google Malaysia mengalami gangguan dalam tempoh dua jam digodam penggodam yang menggelarkan diri mereka sebagai Pakistani Hacker dengan nama kod 1337 dipercayai daripada pasukan godaman Team Madleets.

Muka depan utama laman web Google Malaysia ditukar kepada momokan pasukan godaman tersebut malah turut diselitkan dengan lagu seram yang menjengkelkan. Kaedah menukar DNS ini seakan menjadi mudah dilakukan melalui agensi yang bertanggungjawab melindungi domain negara, MYNIC Berhad.

Pada 1 Julai lepas, lebih 100 laman web dengan alamat domain ‘.com.my’ dan ‘.MY’ digodam untuk tempoh yang lama oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai TiGER-M@TE.
Antara laman web utama yang terjejas ketika itu termasuklah Google, Dell, Microsoft, MSN Malaysia, Bing, and Kaspersky.

Laman utama laman web berkenaan ditukar dengan teks ‘Helo Malaysia, anda rasa anda lebih maju dari kami? Hormati pekerja kami, kami akan hormati anda. Berurusan sejak 2007”. Ketika itu, MYNIC mengesahkan terdapat masalah dalam sistem mereka yang diracun. Dalam kenyataannya, MYNIC memaklumkan terdapat perubahan haram yang dilakukan dalam maklumat pelayan domain tanpa persetujuan pemilik domain tersebut yang mengakibatkan laman web disambungkan ke laman lain.

MyNIC juga mengesahkan, perubahan haram tersebut menyebabkan beberapa kes dilaporkan dan mula dikesan pagi 1 Julai yang pantas diambil tindakan pleh Pasukan Respon Insiden Keselamatan Komputer MYNIC (CSIRT) yang menyelesaikan isu tersebut. Kebanyakan nama domain yang terjejas dipulihkan kembali pada jam 4.38 petang hari sama dan pihak MYNIC sedang memantau situasi dan mengambil langkah sepatutnya bagi mengelakkannya berlaku pada masa depan.

Sumber: Yahoo Malaysia

Post a Comment Blogger

  1. mana sudah itu SKMM yg lebih suka sekat blok pembangkang dari bekerja menhalng pengodam.

    ReplyDelete
  2. tuuula la bagi lagi IC kat diorang nie... lagi banyak masuk negara nie, sikit hari lagi kecoh macam negara diorang tu... so nak tuding jari kat sape ?

    ReplyDelete
    Replies
    1. haackers tak mengenal IC. tanpa ic pun die boleh hack. letak dia dalam hutan amazon pon die still boleh hack (as long as ada computer and internet line of course)

      Delete
  3. mana p hackers malaysia? show your talent, it is happening now

    ReplyDelete
  4. Msia pon ade hackers, ape slh kumpul diorang sume ni jdkan mereka ni "berguna" kpd negara.

    ReplyDelete
    Replies
    1. the problem is ada kew hackers yang nak mengaku kepakaran diorang lepas tue siap sumbang pada negara? rasa nya tak ada perompak bank yang mengaku pakar lepas tue nak khidmat pada gomen

      Delete
  5. jd sape yang bawak mereka msuk in la kna tolong pesan kat awak-awak mereka tuh jaga line le daripada ada perang x pepasal. kita x nk perang2 nih. men le tgh2 laut nun ke. x ganggu orang2 yg susah mcm Kita ni. hai yg bruhomat mana xdek ke yg cerdas sket handle hal ini.? puii

    ReplyDelete

 
Top