0
Assalamualaikum, hari ni sy nak share salah satu cara bagaimana nak kesan atau 'trace' lokasi telefon kita berada. Sepertimana pepatah melayu mengatakan "Sediakan Payung Sebelum Hujan" memang tepatlah dengan entry kali ini kerana sy berpendapat walaupun ada phone atau tablet yang murah dengan harga yang mampu dimiliki masih ada lagi yang cuba untuk mengambil kesempatan untuk mencurinya. Sekiranya suatu hari nanti anda akan kehilangan telefon kesayangan anda itu, setidaknya anda masih ada harapan untuk menjejakinya.

Kenapa anda pelu mempelajari ini?
Ia fungsi yang disediakan oleh Android dan Google yang percuma. Fungsi yang menariknya anda boleh menghantar isyarat kepada telefon melalui komputer dan kemudian ia akan mengeluarkan deringan pada telefon tersebut. Apabila berlakunya kehilangan telefon, apa yang di bimbangkan ialah data yang berkaitan dengan peribadi kita sendiri tetapi dengan menggunakan fungsi ini anda boleh memadamkan keseluruhan kandungan data telefon anda itu dengan jarak jauh dengan log masuk akaun Google anda dan padamkannya...

Bahan-bahan yang diperlukan <--ceh macam nak buat cekodok pulak haha
1 Gadget yang beroperasi android os 2.2+
1 Google Email yang digunakan pada gadget itu

Langkah 1
Cara mengaktifkan setting  Android Device Manager. Pergi ke Setting > Security  > Device administrator


Satu pop-up akan muncul untuk mengaktifkaan setting ini.


Langkah 2
Login pada google dengan akaun yang sama pada telefon anda

Langkah 3
Buka pautan ini untuk melihat lokasi telefon anda berada

Langkah 4
Paparan yang akan anda nampak adalah peta lokasi serta box control seperti Ring & Erase

Ring - Fungsi ini untuk membuat telefon anda berdering dan akan memudahkan anda mengetahui lokasi ia berada.



Erase - Fungsi ini pula untuk memadamkan kesemua data yang tersimpan dalam telefon anda.
Note: Fungsi ini akan memadamkan kesemua data yang berada di dalam memori telefon sahaja, ia tidak boleh memadam data yang berada di dalam external card. Mungkin untuk versi akan datang, fungsi ini boleh digunakan sepenuhnya.


Cara ini berkesan apabila telefon bersambung kepada internet (wifi atau Mobile data) , harap maklum.

Post a Comment Blogger

 
Top