Seorang hacker Islam mengatakan dapat akses kepada pangkalan data keseluruhan pengguna di Twitter dan telah menyebarkan 'detail' log masuk lebih daripada 15,000 akaun dalam talian. Hacker itu dikenali sebagai Mauritania Attacker yang mendakwa dirinya dari Republik Islam Mauritania dari sebuah negara di Afrika Barat.

Sebahagian Data Yang Di Muatnaik Oleh Penggodam
Menurut sumber, Sabtu lalu penggodam ini telah memuat naik butiran akaun pengguna Twitter kedalam lama perkongsian bebas termasuklah ZippyShare. Maklumat yang di muat naik itu mengandungi nama pengguna akaun Twitter, nombor ID dan pengesahan Access Token bagi pengesahan applikasi 'Third Party' (contoh Instagram atau HootSuite)

Menurut seorang jurucakap Twitter, pihak mereka telah menyiasat dan juga telah memastikan tiada akaun yang terjejas akibat serangan ini.

Download link ke data yang dibocorkan


 
Top