0

Sony secara rasminya telah melancarkan generasi telefon pintar utama terbaru mereka iaitu Xperia Z4 dan telefon pintar ini akan hadir dengan skrin paparan 1080p berukuran 5.2-inci.

Selain itu, spesifikasi Xperia Z4 adalah pemproses Qualcomm Snapdragon 810, 3GB RAM, 32GB memori simpanan dalaman, slot microSD yang menyokong tambahan memori sehingga 128GB, kamera utama 20.7MP, kamera selfie 5.1MP dan bateri berkapasiti 2,930mAh.


Sony berkata, Xperia Z4 yang mempunyai kenipisan 6.9mm dan berat keseluruhan 144gram hadir dengan reka bentuk berasaskan besi dan lebih menarik, Z4 adalah 0.4mm lebih nipis dan 8 gram lebih ringan berbanding Z3. Sony juga menyatakan bahawa rangka besi ini telah mendapat satu proses khas yang memberikan lebih kilauan kepada peranti.


Sony Xperia Z4 akan hadir dengan sistem operasi Android 5.0 Lollipop dan ditawarkan didalam 4 warna iaitu putih, hitam, hijau dan tembaga.

Seperti peranti Sony Xperia Z sebelum ini, Z4 juga mempunyai pensijilan kalis air dan habuk dan tahap pensijilan bagi Xperia Z4 adalah IP6 bagi habuk manakala bagi kekalisan air pula, Xperia Z4 mempunyai pensijilan IP5 dan IP8.

Sony Xperia Z4 akan mula ditawarkan di Jepun mulai pertengahan bulan hadapan namun buat masa ini tiada sebarang harga penjualan diumumkan.

Sony Xperia Z4 dijangka akan memasuki Malaysia tidak lama kemudian dengan harga penjualan dijangka kekal pada harga RM 2399 sebelum GST.

sumber : mobile88

Post a Comment Blogger

 
Top