0


Tablet ini dikuasakan oleh cip pemprosesan Snapdragon 810 64 Bit, GPU Adreno 430 dan turut dibantu dengan RAM sebesar 3GB, cukup berkuasa untuk memastikan segalanya berfungsi dengan baik. Ia juga dilengkapi sistem operasi Android terbaru iaitu Android 5.0 Lollipop, memori terbina 32GB + sokongan sdcard, kamera utama 8 megapiksel Sony ExmorRS dan 5 megapiksel di bahagian hadapan bagi memenuhi keperluan selfie anda.

Selain itu, Sony Xperia Z4 Tablet ini turut dilengkapi dengan Stereo speaker ,sambungan 3G/ LTE untuk data yang pantas dan bateri sebesar 6,000mAh. Pihak Sony menyatakan bahawa tablet ini mampu bertahan selama 17 jam apabila menonton video secara berterusan.

Salah satu perkara yang amat menarik perhatian peminat tablet Android, Sony Xperia Z4 Tablet ini menggunakan skrin bersaiz 10 inci dengan resolusi 2K ( 2560 x 1600 piksel, 300ppi ). Teknologi Sony’s Triluminos technology dan X-Reality Mobile engine turut digunakan bagi memastikan paparan yang terhasil lebih cantik. Ia juga menyokong Hi-Res audio dan fungsi Noise Cancelling menjadikan pengalaman mendengar lebih baik.



Seperti biasa, tablet ini turut kalis air dan debu dengan rating IP68 membuatkan ia mampu bertahan di dalam air tawar selama 30 minit dengan kedalaman 1.5 meter. Seperti Xperia M4 Aqua, Xperia Z4 Tablet turut hadir dengan port USB terbuka tanpa penutup memudahkan lagi proses pengecasan.

Model LTE dan WiFi dijangka akan mula dijual pada Jun 2015 ini namun tiada sebarang maklumat rasmi dikongsikan mengenai harga jualan rasmi ia kelak.

Post a Comment Blogger

 
Top