0

Sony secara rasminya telah melancarkan Xperia M2 Aqua yang merupakan telefon pintar pertama dengan pensijilan kalis air dan habuk yang tertinggi didunia iaitu IP68. Sony sebelum ini hanya menyertakan ciri kalis air dan habuk ini pada telefon pintar atasan dan kini mula menawarkanya pada M2 Aqua yang dilihat sebagai peranti kelas tengah.

Dengan pensijilan IP68, Xperia M2 Aqua adalah telefon pintar yang kalis habuk dan air sehingga kedalaman 1M tanpa sebarang had masa.

Tahap kalis air telefon pintar Sony telah terbukti apabila Alexander Maxén yang berasal dari Sweden secara tidak sengaja menjatuhkan Xperia Z2 miliknya didalam laut, telefon pintar miliknya ditemui oleh rakan beliau selepas 6 minggu didalam laut dan ianya berfungsi seperti biasa.

Selain pensijilan kalis air dan habuk IP68, Xperia M2 Aqua secara asasnya adalah Xperia M2 yang memiliki skrin paparan qHD berukuran 4.8-inci, pemproses Snapdragon 400 berkelajuan 1.2 GHz, 1GB RAM, Android 4.4 KitKat dan bateri berkapasiti 2,300mAH yang turut disertakan dengan Stamina Mode.


M2 Aqua juga memiliki kamera 8MP Exmor RS selain 8GB memori simpanan dalaman dan pengguna juga boleh menambah kapasiti memori simpanan melalui kad microSD.

Sony Xperia M2 Aqua juga menyokong rangkaian LTE, Wi-Fi, NFC, Bluetooth dan hanya ditawarkan didalam versi satu SIM sahaja buat masa ini.

Sony Xperia M2 Aqua ini akan dilancarkan bulan hadapan di pasaran Eropah, Amerika Latin dan Asia pasifik, buat masa ini tiada sebarang harga diketahui namun ianya dijangka hampir sama seperi Xperia M2 yang ditawarkan di Malaysia pada harga RM 799.

Post a Comment Blogger

 
Top