0
Model telefon pintar tebaru Apple iaitu iPhone 6 dilihat akan dilancarkan pada bulan hadapan dan banyak khabar angin dan maklumat telah mendedahkan sedikit sebanyak akan model ini dan kami pasti ianya akan menjadi antara peranti yang mendapat perhatian bagi beberapa bulan yang akan datang. Berikut adalah 6 info yang anda perlu tahu tentang iPhone 6.


iPhone 6? iPhone Air? Atau iPhone 6L?

Apple iPhone yang akan memasuki generasi keenam tahun ini mungkin akan mengikut penamaan tradisi dengan nama iPhone 6 namun terdapat juga kata-kata bahawa iPhone 6 ini akan dikenali sebagai iPhone Air manakala satu lagi model iPhone 6 dengan skrin paparan 5.5-inci akan dikenali sebagai iPhone 6L. pelancaran Apple iPhone 6L juga mengesahkan kemasukan Apple ke pasaran phablet yang kebiaasanya dikuasai oleh gergasi Android iaitu Samsung melalui telefon pintar Note mereka yang akan memasuki generasi keempat tahun ini dan akan dilancarkan seminggu sebelum iPhone 6 dilancarkan.


Spesifikasi

Apple iPhone 6 dijangka akan hadir dengan skrin paparan Retina yang lebih jelas dan dengan kepadatan piksel lebih tinggi. Dari segi dalaman pula, iPhone 6 dijangka akan hadir dengan pemproses A8 dan disertakan dengan 1GB RAM.

Kamera

Apple iPhone 6 dijangka hadir dengan kamera 8MP. Walaupun dengan resolusi kamera yang sama seperti dua model sebelum ini, kamera iPhone 6 dijangka akan menghasilkan gambar dengan kualiti yang hampir dua kali ganda lebih baik daripada iPhone 5s.


Tarikh pelancaran dan penjualan

iPhone 6 dijangka akan dilancarkan secara rasmi di sidang pelancaran khas yang akan diadakan pada 9 September ini sebelum penjualan bermula beberapa hari kemudian. iPhone dijangka memasuki Malaysia selewat-lewatnya penhujung bulan Oktober namun terdapat kemungkinan Apple menawarkan iPhone 6 dengan lebih segara bagi memberikan persaingan kepada Samsung Galaxy Note 4. 

 Selain itu, bercakap mengenai iPhone 6L yang merupakan model phablet pertama Apple, model ini dijangka akan dilancarkan serentak dengan iPhone 6 4.7” namun terdapat juga khabar angin yang mengatakan model ini akan dilancarkan pada bulan Disember.

Harga

Apple iPhone 6 yang akan hadir dengan reka bentuk baru dan secara keseluruhanya hampir kesemua komponen telefon pintar ini akan mendapat kemaskini baru namun Apple dilihat akan mengekalkan harga penjualan model ini pada harga yang bermula dari RM 2399 di Malaysia.

Post a Comment Blogger

 
Top