0
Pernahkah anda terfikir yang peranti Android anda sebenarnya terdedah pada jangkitan virus seperti mana risiko jangkitan pada komputer Windows dirumah? Tidak dinafikan ramai yang berpendapat telefon pintar tidak perlukan Anvirus malah saya snndiri kerap mendengar perkataan seperti “Perlu ke antivirus?”. Tetapi tahukah anda menurut kajian yang dilakukan oleh Lookout Mobile Security serangan virus terhadap telefon pintar berasaskan Android meningkat setiap hari, malah dijangka 1 daripada 3 telefon pintar terdedah pada serangan.


Sebenarnya virus atau program jahat ini semakin hari semakin pintar dan serangannya pula dibina bermatlamat tidak seperti dahulu yang mana kebanyakan serangan adalah hobi ataupun suka-suka sehingga menyebabkan kerosakan pada sistem namun serangan pada hari ini lebih melibatkan pencurian data, ataupun diperalat untuk tujuan tidak baik oleh si penulis virus. 

Dari perspektif teknikal telefon Android tidaklah semudah PC Windows untuk dijangkiti virus memandangkan semua aplikasi yang dijalankan perlulah terlebih dahulu dipasang dan mendapat pengesahan pengguna untuk akses tertentu seperti membaca mesej, membuat panggilan dan sebagainya. Namun prinsip sistem operasi Android menerima semua aplikasi dari luaran pihak ketiga dan juga tiada tapisan untuk aplikasi yang dimuat naik ke Google Play membolehkan kod jahat dibenam pada aplikasi yang pada luarannya baik dan berfungsi seperti biasa. 

Walaupun peningkatan jumlah virus pada platform Android ini berikut merupakan antara jenis yang paling bahaya.

1. Aplikasi perbankan palsu
Tujuan aplikasi ini mengutip maklumat perbankan pengguna. Pernah terjadi aplikasi jenis ini dimuat naik oleh individu dengan nama Droid09 ke Android Market.

2. Android.PjappsM
Virus ini dibenamkan dalam aplikasi “baik” dari Google Play yang diedar dilaman web luar untuk dimuat turun seperti aplikasi berbayar secara percuma. Fungsi kod jahat ini mencuri data dari mangsa kemudiannya menjadikan telefon sebagai botnet untuk menyerang peranti lain. Kod ini juga menghantar SMS berkos tinggi.

3. Android.Geinimi
Kod jahat ini menyerang Utara Amerika. Tujuannya lebih kepada menjadikan peranti mangsa sebagai botnet.

4. AndroidOS.FakePlayer
Virus ini mencuri informasi pengguna secara rahsia, ia menyamar sebagai aplikasi pemain mutimedia.

5. DroidDream (juga dikenali Android.Rootcager)
Virus ini berkeupayaan melakukan infeksi terhadap aplikasi pada Android Market.

6. Android.Bgserv
Virus ini menghapuskan saingannya DroidDream tetapi sifatnya terlalu merbahaya kerana ia mencuri IMEI dan nombor telefon dan memuat naik data curian ke server di China.

7. GGTracker
Kod jahat ini dipasang apabila pengguna diminta untuk memuat turun aplikasi penjimat bateri. Apabila dipasang, ia menghantar SMS berkos tinggi.

8. DroidKungFu
Virus ini dibenam melalui kemaskini aplikasi. Penulis virus ini mengedar aplikasi berguna pada Google Play atau Market. Apabila jumlah pengguna aplikasi cukup ramai ia mengedar kemaskini yang mengandungi kod virus ini.

Konklusi Dalam banyak keadaan dapat dilihat antara faktor yang paling bahaya adalah sistem Google Play yang tiada tapisan dari pihak Google sebelum aplikasi dibenarkan dimuat turun oleh pengguna. Keadaan ini membuatkan pembangun yang baik dan berniat jahat sukar dapat dikenalpasti. Biasanya selepas serangan merebak barulah ia dikenalpasti dan ditapis oleh pihak Google, walaubagaimanapun ia boleh dikira terlambat kerana penulis kod jahat tersebut sudah mempunyai masa yang cukup untuk mengekploitasi data yang dicuri.

Faktor lain seperti memuat turun aplikasi berbayar di Google Play pada laman web pihak ketiga secara percuma juga membuatkan telefon terdedah pada kod benaman yang ditanam pada aplikasi.

sumber : mahadirlab.com

Post a Comment Blogger

 
Top