0

Berdasarkan satu laporan daripada Korea Times, Samsung dikatakan sudah bersedia untuk menyertai pasaran kaca mata pintar pada penggal kedua tahun 2014 ini. Korea Times berkata bahawa kaca mata pintar Galaxy Glass kini sedang dibangunkan dan akan dipamerkan di IFA 2014 yang akan diadakan pada bulan September kelak yang secara kebetulanya merupakan tempat Samsung melancarkan Galaxy Gear tahun lalu.

Syarikat gergasi Korea ini juga telah mendaftarkan hak cipta bagi kaca mata ini di Korea Selatan dan berdasarkan lakaran hak cipta ini kita dapat lihat bahawa kaca mata ini memiliki satu butang sisi, kamera dibahagia hadapan, ‘earphone’ dan satu wayar yang akan menjadi sambungan kepada telefon pintar. Walaubagaimanapun, rekaan ini dikatakan bukanlah rekaan yang akan dilancarkan kelak. Adalah sesuatu yang pelik kerana penggunaan wayar untuk menyambungkanya kepada telefon pintar adalah tidak masuk akal memandangkan Samsung mempunyai kebolehan untuk memperkenalkan teknologi sambungan tanpa wayar dengan menggunakan Bluetooth.

Sama seperti Galaxy Gear, Galaxy Glass juga akan dihubungkan dengan telefon pintar anda dan akan memaparkan maklumat di hadapan satu kanta yang diletakkan betul-betul dihadapan mata pengguna (sama seperti Google Glass dibawah). Samsung dikatakan akan bekerjasama dengan Samsung Display untuk menghasilkan satu kanta khas bagi Galaxy Glass.

Kaca Mata Pintar Google Glass

Selain itu, Samsung juga berkata bahawa, Galaxy Glass ini pada permulaanya tidak akan memberikan keuntungan yang besar kerana pasaran kaca mata pintar ini masih baru dan tidak matang namun Galaxy Glass merupakan satu model yang akan membawa Samsung ke pasaran baru dengan model yang berdaya saing.


Selain itu, hasil kajian daripada Korean Information Society Development Institute, pasaran bagi peranti seperti kaca mata pintar dan jam pintar dijangka akan mempunyai nilai $6 bilion pada tahun 2016. Selain itu, kajian juga mendapati terdapat kemungkinan peranti seperti ini mungkin menjadi pengganti telefon pintar sebagai alat telekomunikasi utama.

Post a Comment Blogger

 
Top