0

Sebelum ini sy telah berkongsi cara-cara nak root Samsung Galaxy SIII (SGS3). Seperti mana yang kita tahu, rooting ini akan membatalkan warranty dari SME = SAMSUNG MALAYSIA ELECTRONICS. Dengan mengikuti langkah-langkah di bawah ini, warranty anda dapat dikembalikan semula ( sekiranya masih dalam masa warranty ).


  1. Gambar di bawah ni menunjukkan SGS3 sy telah di root kerana mempunyai status modified


  2. Sekarang kita akan check status custom binary. Turn-Off, lepas tu tekan Volume-UP + Home + Power. Volume-UP untuk teruskan check.




  3. Tekan power off, kemudian power on semula. Download dan install Triangle Away untuk reset counter tadi. Tekan reset flash counter biarkan ia re-boot. Volume-up untuk teruskan reset. note: selepas tekan volume-up biarkan ia keluar logo samsung galaxy sIII seperti biasa dan remove battery. 


  4. Masukkan battery, tekan volume up + home + power. Sekarang tengok, flash counter 0 dan current binary : Samsung official 


  5. Ok, biarkan ia berada dalam mode download, sambungkan USB pada pc dan buka odin. Download firmware terbaru dari Samsung Official. Extract dan tekan PDA seta select file yang di extract .tar. Jangan tanda re-partition! Start!


  6. Selepas siap loading seperti gambar di bawah ini, remove battery dengan segera. ( kenapa? sebab kita akan boot dalam mode recovery )


  7. Untuk masuk kedalam mode recovery, lihat gambar di bawah ni.

  8.  

     

  9. Semasa berada dalam mode recovery, guna volume-up untuk naik, volume-down untuk turun dan power untuk select. Perkara yang perlu dibuat di sini ialah, select wipe data/factory reset dan wipe cache partition selepas siap dua tu, pilih pula reboot system now.
  10. Siap! jom check status phone kita. setting > about device > status > device status = normal.

Post a Comment Blogger

 
Top