0

Seperti biasa, perkongsian cara root Galaxy SIII Jellybean 4.1.1 kali ini juga adalah berdasarkan panduan dari Chainfire (XDA Members). Selepas proses root berasaskan kernel CF-Root ini berjaya dilakukan, smartphone anda akan dilengkapi dengan aplikasi SuperSU, dan CWM yang membolehkan anda melakukan proses customization seterusnya.

Tutorial Root Galaxy SIII Android Jellybean 4.1.1

PERINGATAN!

  • Pastikan peranti anda ialah Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) – Setting -> About Device -> Model number, dan telah di upgrade ke versi Android Jellybean 4.1.1.  Jika model dan versi Android anda berlainan dengan model yang dimaksudkan, anda dinasihatkan untuk TIDAK melakukan proses rooting ini.
  • Seperti biasa, mobilityworlds tidak akan bertanggungjawab sekiranya berlaku sesuatu yang tidak diingini terhadap peranti anda selepas mengikuti tutorial ini. Tutorial ini merupakan sebahagian daripada perkongsian maklumat dan risikonya adalah tanggungjawab anda sendiri.

Langkah Yang Perlu Diambil Sebelum Root Galaxy SIII Android Jellybean

  • Lakukan backup.
  • Pastikan bateri smartphone anda berada di tahap tidak kurang dari 80% penuh.
  • Pastikan anda telah install Kies di PC/laptop anda. Jika belum, download Samsung Kies dari LINK INI, install dan restart PC/laptop anda.

Tools Yang Diperlukan

  • Odin 3 (3.0.4) – DOWNLOAD LINK
  • CF-Root-SGS3-v6.4.zip - DOWNLOAD LINK (selepas download, unzip file tersebut dan anda akan memperolehi file CF-Root-SGS3-v6.4.tar)

Cara – Cara Root Samsung Galaxy SIII Jellybean 4.1.1

Langkah 1

  • Setkan smartphone anda ke Debugging Mode ( Setting -> Applications -> Developement -> USB Debugging ).
  • Turn off smartphone ( pastikan betul – betul atau tanggalkan bateri smartphone anda untuk mendapatkan kepastian )

Langkah 2

  • Setkan smartphone anda ke Download Mode ( VOLUME DOWN + POWER + HOME secara serentak untuk beberapa saat sehingga anda berada di Download Mode )

Langkah 3

  • Start Odin 3 (3.0.4) yang anda download di PC / laptop anda.

Langkah 4

  • Sambungkan Galaxy SIII anda ke PC / laptop menggunakan USB data cable.

Langkah 5

  • Tunggu sehingga Odin mengenalpasti peranti anda ( ID: COM di Odin bertukar ke warna biru ).

Langkah 6

  • Klik PDA dan pilih file CF-Root-SGS3-v6.4.tar yang telah di download sebelum ini. (pastikan ianya .tar dan bukannya .zip)

Langkah 7

  • Klik button Start dan tunggu sehingga proses root selesai. Peranti anda akan reboot secara automatik.
Sekiranya semua berjalan lancar, Samsung Galaxy S3 (GT-I9300) JB 4.1.1 anda kini telah berjaya di root. Untuk kepastian, pastikan wujud aplikasi SuperSU,dan CWM di senarai aplikasi Samsung Galaxy SIII anda.

Post a Comment Blogger

 
Top