1
Assalamualaikum dan selamat malam kepada pembaca dan pengunjung blog Ultra Revolution (UR) saya ucapkan. Pada post kali ini saya ingin berkongsi cara untuk menemukan ID profile blogspot seseorang. Sebelum itu saya ingin menjelaskan terlebih dahulu apakah yang dimaksudkan dengan ID.

ID merupakan suatu nombor yang unik yang tersendiri, dimana ianya terhasil secara automatik setelah anda mencipta sesebuah  blogspot.  Anda tidak perlu bimbang tentang perkara ini, tetapi kadang-kadang ia berguna untuk mengetahui nombor ini. Sebagai contoh, beberapa perkhidmatan pihak ketiga (third-party services), anda mungkin mahu untuk memasang sesuatu yang memerlukan nombor ID blog. Jadi saya fikir tutorial ini berguna berguna.

NOTE: Untuk pengetahuan anda, ID profile blog ini boleh di ketahui setelah anda login pada blog tetapi di sini anda tidak perlu login.

HINT: Dua perkara dapat anda ketahui setelah anda dapat ID blog seseorang  :-
  • Dapat mengetahui blog yang dicipta oleh user ini
  • Dapat mengetahui blog yang di follow oleh user ini
Cara 1: dari view source ( ctrl + u )

  1. buka link blog seseorang, ( contoh: ultra-revolution.com )
  2. tekan ctrl + u
  3. cari code ini <link rel="me" href="
  4. hasilnya seperti gambar di atas
  5. ini lah ID profile blogspot saya http://www.blogger.com/profile/12100831942734559566
  6. sekarang cuba klik dan akan muncul seperti gambar di bawah ini

Cara 2: dari alexa.com
  1. copy & paste pada address bar link ini http://www.alexa.com/site/linksin/<link blog>
  2. sambung dengan link blog < link blog> jadi begini 
  3. http://www.alexa.com/site/linksin/ultra-revolution.com dan press enter
  4. kemudia akan muncul paparan seperti ini:
  5. apabila anda click link yang berdomain blogspot.com  ia akan memaparkan gambaran seperti di Cara 1.






Post a Comment Blogger

 
Top