Ketahui spesifikasi penuh Oppo Find 7A disini
Selain itu, Bercakap mengenai model utama Oppo iaitu Find 7 yang hadir dengan skrin paparan QHD. Seperti Find 7A, Find 7 ini juga hadir dengan skrin paparan bersaiz 5.5-inci namun dengan resolusi dan teknologi skrin yang jauh lebih baik. Skrin paparan QHD pada Find 7 ini mempunyai kepadatan piksel 538ppi dengan resolusi skrin 2560 x 1440 piksel. Pemproses pada Find 7 adalah Qualcomm Snapdragon 801 berkelajuan 2.5GHz, 3GB RAM, GPU Adreno 330 manakala memori simpanan dalaman adalah 32GB dan menyokong kad microSD sehingga 128GB. Sistem operasi Find 7 adalah Android 4.3 Jelly Bean KitKat dengan UI Color OS 1.2. Selain itu, menurut jurucakap Oppo, Find 7 akan mula dijual di Malaysia pada harga RM 1998 dan akan mula dijual penghujung bulan Jun yang sedikit mengecewakan memandangakn model Find 7A bakal dijual mulai 15 Mei ini.
Langkah Oppo menawarkan telefon pintar Find 7 dan 7A di Malaysia dalam tempoh masa yang singkat harus dipuji memandangkan Oppo baru sahaja memasuki pasaran Malaysia tiga bulan lalu.
sumber: mobile88
oppo find 7a is lastest smartphone by oppo support super fast charges and hd photo up to 50mp photo
ReplyDeletesalam, saya ader jual phone clone, semua brand ader, oppo n3, oppo f7, oppo r1, ip6+, ip6, ip5s, galaxy note 4, harga dijamin bawah rm400, berminat? pm saya 01128755146
ReplyDelete