0

Assalamualaikum, terima kasih kerana mengunjungi CL. Entri kali ini sy ingin kongsikan tutorial cara nak reset password windows 7. Jujur ingin sy katakan, tutorial ini sy ambil dari youtube, cuma cara penyampaian dalam bentuk teks dan beberapa screen capture yang sy sediakan ini dari sy sendiri.

Kebarangkalian untuk lupa password login windows anda mungkin tinggi kerana dengan hari2 sibuk tambah pula password itu baru anda tukar. Apa guna ada password hint jika ia tidak membantu? Sanggupkah anda untuk ulang setup windows aka reformat kerana terlupa password login? Usah risau, ambil sedikit masa untuk baca tutorial ini.

Note: Dalam tutorial ini sy memasang windows 7 dalam Virtual Box kerana ini memudahkan kerja sy untuk membuat screen capture. Sy mohon maaf sekiranya gambaran ini tidak jelas kerana sy menggunakan default setting pada display virtual box tersebut.

Langkah 1
Mount file ISO setup windows 7 pada USB atau masukkan DVD setup windows 7 kemudian click Next



Langkah 2
Click Repair Your Computer dan tunggu sehingga muncul paparan System Recovery Option. Pilih Use recovery tools kemudian tekan Next.


Langkah 3
Click Command Prompt 


Langkah 4
Setelah paparan CMD muncul, taip command ini
copy c:\windows\system32\sethc.exe c:\   
Tekan Enter.

Note: Command pada preview yang sy sertakan ini berbeza dengan command yg berwarna merah itu kerana windows sy ditemui pada Local Disk D. Rujuk Langkah 2, lihat lokasi windows anda dimana.

Langkah 5
Kemudian taip command ini pula
copy c:\windows\system32\cmd.exe c:\windows\system32\sethc.exe
Tekan Enter.

Note: Command pada preview yang sy sertakan ini berbeza dengan command yg berwarna merah itu kerana windows sy ditemui pada Local Disk D. Rujuk Langkah 2, lihat lokasi windows anda dimana.

Langkah 6
Tutup CMD kemudian click Restart 


Langkah 7
Sekarang kita berada di login screen. Tekan shift sebanyak 5 kali, kemudian CMD akan muncul. Taip ini
net user username * (masukkan username pc anda kemudian enter)
Setelah diganti dengan nama pc sy : net user cyberpc *  Tekan Enter.
new password:
re-type new password:
(sekarang password login sy ialah 12345izam )

note: anda akan diminta memasukkan password yang baru, jangan risau kerana password yang anda taip itu invisible (tidak memaparkan password)


Langkah 8
Login dengan password yang baru anda tetapkan itu.

Inspiration Source:

Post a Comment Blogger

 
Top