0
Angin yang membawa jerebu kini datang pula ke Malaysia yang mengakibatkan pelbagai kawasan terjejas terutama Muar, Port Dickson dan Pelabuhan Klang, menimbulkan suasana kurang senang di kalangan rakyat negara ini.

Pelbagai aktiviti terjejas, sesi persekolahan dibatalkan dan pejabat ditutup. Tambahan pula, sumber maklumat untuk mengetahui bacaan indeks pencemaran udara (IPU) yang diperoleh dari Jabatan Alam Sekitar sedikit terjejas apabila laman webnya sering 'down' apabila dilayari dalam jumlah yang besar.

Kemaskini pada pukul 7 pagi, 11 pagi dan 5 petang tidak dapat diakses. Nasib baik, beberapa aplikasi lain masih boleh diterima sebagai sumber data dan maklumat yang mengurangkan kegelisahan. Nampaknya, beberapa agensi bertanggungjawab perlu memahami kepentingan mendapatkan maklumat pantas dalam dunia digital pada masa sekarang.


Antara laman berasaskan web pertama yang membolehkan pengguna internet mendapatkan maklumat pantas ialah aqicn.org yang memaparkan IPU secara visual dengan peta masa sebenar di semua lokasi di Malaysia. Bukan itu saja, anda juga boleh mendapatkan bacaan di China, Taiwan, Hong Kong, Korea Selatan, Jepun, India/Delhi, Thailand, Singapura, Mongolia/Ulaanbaatar, Vietnam dan Australia bagi kawasan Asia.

Anda taip saja laman tersebut sebelum pilih negara yang diingini. Visual peta diperoleh melalui Google Maps yang dihubungkan dengan bacaan IPU semasa. Laman web ini jarang mengalami masalah jadi ia pilihan terbaik setakat ini.


Satu aplikasi yang dilahirkan rakyat negara ini ialah apps.evozi.com/myapi (turut didapati berasaskan web) turut membolehkan memilih bacaan IPU khusus di negara ini. Setakat dalam pemerhatian, ia memperoleh maklumat berasaskan Jabatan Alam Sekitar yang direka semula dalam antaramuka baru. Ia juga jarang mengalami keadaan down dan mudah diakses melalui telefon pintar anda. Terdapat 52 kawasan di seluruh Malaysia dan anda perlu klik di bahagian atas untuk mendapatkan lokasi yang diingini.


Satu lagi maklumat berguna boleh terus didapati dalam laman Facebook di mana terdapat 'Page Haze Information' yang menyalurkan maklumat berguna termasuk catatan IPU, cara memakai topeng, lokasi yang terjejas, berita semasa, maklumat (penutupan sekolah dan sebagainya), foto yang dihantar dan notis.


Tidak dilupakan, Google Earth yang memaparkan kawasan 'hotspot' iaitu lokasi berlaku kebakaran melalui pengesan dari satelit mereka.

Post a Comment Blogger

 
Top